Sunday, April 3, 2011

KELEBIHAN DAN ADAB MEMINUM AIR ZAMZAM



KELEBIHAN DAN ADAB MEMINUM AIR ZAMZAM
  •         Air terbaik di atas muka bumi dan penyembuh penyakit (dgn izin Allah)
Sabda Nabi s.a.w.”Sebaik-baik air yg ada di atas muka bumi ialah air zamzam. Terdapat di dalamnya zat makanan (org yg meminumnya berasa kenyang) dan penyembuh penyakit.”

  •      Zamzam diberkati dan mengenyangkan
Abu Zar al-Ghifari r.a. menceritakan mengenai kedatangannya ke Makkah bertemu Rasulullah s.a.w dan memeluk Islam. Baginda  bertanya kpdanya:”Sejak bila kamu berada di sini?”Jawabnya:”Sejak 30 hari yg lalu.”Rasulullah bertanya lagi:”Siapa yg member kamu makanan?”Jawabnya:”Saya tidak punya makanan ttpi hanya meminum air zamzam. Namun, saya berasa semakin sihat dan tidak pernah lapar.” Lalu Rasulullah bersabda:”Sesungguhnya zamzam merupakan air yg diberkati. Ia mengandungi zat makanan (dan yg meminumnya pasti merasa kenyang sprti memakan makanan).” (Riwayat Muslim)

  •   Zamzam menyempurnakan niat peminumnya.
Mafhum sabda Rasulullah s.aw.:”Air zamzam itu untuk sebarang tujuan (niat) orang yg meminumnya (dgn izin Allah).” (Riwayat Ibn Majah)

  •  Zamzam penyebab kemajuan dan pembangunan bumi Makkah
  • Air yg terpilih utk menyucikan hati Rasulullah s.a.w beberapa kali. 
  • Tidak pernah kering walau jutaan manusia telah meminumnya sejak dari zaman Ibrahim a.s. hingga kiamat. 
  •   Banyak minum air zamzam merupakan tanda iman dan bebas drpd munafik   
        ADAB MEMINUMNYA

  •   Daripada Abdullah bin Abi Mulaikah, katanya: Seorang laki-laki telah datang menemui lbnu Abbas. Lalu bertanya lbnu Abbas: "Tuan datang dari mana?" Lelaki itu menjawab: "Saya baru lepas minum air Zamzam".Tanya lbnu Abbas lagi: "Adakah tuan minum itu mengikut cara yang sepatutnya'?" Lelaki itu tidak menjawab, sebaliknya bertanya pula kepada lbnu Abbas: "Bagaimanakah caranya wahai lbnu Abbas?" Maka lbnu Abbas pun menjelaskan: "Apabila minum air Zamzam hendaklah menghadap kiblat, sebutkan nama Allah (baca Bismillah) dan bernafas di luar bijana ,kemudian baru teguk lagi,dan (sesudah selesai minum) ucapkan pujian kepada Allah (baca Alhamdulillah). Sesungguhnya Rasulullah s.aw ada bersabda: "Perbezaan diantara kita dan orang ramai (kaum munafik) ialah bahawa mereka itu tidak suka meneguk (minum) air zamzam." (Hadis riwayat Addara Qutni dan lbnu Majah).
  • Daripada 'Ikramah meriwayatkan, bahawa adalah lbnu Abbas r.a apabila minum air Zamzam beliau berdoa (ertinya) : "Ya Allah ya Tuhanku! Aku bermohon kepada Mu supaya dikurniakan ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang luas dan kesembuhan daripada segala penyakit." (Diriwayatkan oleh ad-Dara Qutni dan lbnu Majah). 
  • Dalam bahasa Arabnya doa itu berbunyi:

  •      Menurut riwayat, lbnu Abbas adalah terkenal seorang sababat yang sangat mendalam ilmunya, luas rezekinya dan tidak pernah sakit kecuali penyakit tua.
  • Syeikh Jamaludin Muhammad Jarullah bin Muhammad Nuruddin dalam kitabnya 'al-Jamiul Latif fi Fadhli Makkah' dalam bab Adab minum air Zamzam berkata:  "Berkata seorang ulama Rahimahullah, sesiapa yang hendak meminum air Zamzam, eloklah dia mengambil bekas yang berisi air Zamzam dengan mengadap kiblat, kemudian berkata: Ya Allah, sesungguhnya telah sampai kepadaku daripada Rasulullah s.a.w bahawa baginda bersabda:
  • Maka Ya Allah, aku meminum air Zamzam ini untuk............. (sebutkan apa yang dikehendaki). Selepas itu diminum seteguk,kemudian bernafas diluar bijana itu, Dan begitulah dilakukan sebanyak tiga kali. Setiap kali meneguknya dibaca Bismillah dan setiap kali selesai dibaca Alhamdulillah . Beginilah cara meminum air Zamzam yang diriwayatkan daripada lbnu Abbas dan doa yang di atas dibaca ketika meminumnya.
 

No comments:

Post a Comment

PeRhaTian!!! : siLa komen selepas membaca ; pastikan anda menggunakan bahasa yg elok

Sila tInggaLkaN pEsaNan AnDa seLepas buNyi BeeP...

BeeP !!!