Saturday, April 2, 2011

KISAH GAYA HIDUP RASULULLAH S.A.W YG SEDERHANA


KISAH GAYA HIDUP RASULULLAH S.A.W YG SEDERHANA
Rasulullah s.a.w merupakan pelopor gaya hidup sederhana. Padahal jika Baginda mahu, Allah boleh mengubah Bukit Uhud menjadi emas untuknya. Al-Tirmizi meriwayatkan Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud,” Tuhanku menawarkan Batha Makkah mnjdi emas untukku. Namun aku berkata:’Tidak wahai Tuhan. Akan tetapi (aku meminta) lapar satu hari dan kenyang satu hari. Jika aku lapar aku mengingati dan meratap-Mu. Jika aku kenyang, aku memuji dan bersyukur kepada-Mu.”

  •  Siti Aisyah r.h.a berkata bahawa alas tidur Rasulullah s.a.w adalah drpd kulit yg diisi dengan serabut (Riwayat al-Bukhari)
  • Umar bin al-Khattab bercerita:”Aku melihat Rasulullah s.a.w sdg berbaring di atas tikar tanpa sebarang alas. Di bawah kepalanya sebuah bantal drpd kulit yg isinya serabut. Tempat air drpd kulit, tergantung di sisi kepalanya. Aku smpat melihat kesan tikar yg berbekas pd tubuhnya. Aku menangis sedih melihat hal itu. Rasulullah s.a.w bertanya:’Apa yg membuatmu menangis?”Aku menjawab,”Wahai Rasulullah, para kisra dan kaisar hidup mewah. Sementara engkau utusan Allah (hidup sperti ini)?’Baginda bersabda: Tidakkah kamu reda mereka mendapatkan dunia dan kita mendapatkan akhirat?” (Riwayat al-Bukhari)

  • Dalam soal makanan, Baginda memakan apa yg ada, tanpa menanyakan sesuatu yg tidak ada.  Abu Hurairah berkata,”Rasulullah s.a.w tidak pernah mencela makanan. Jika menyukai makanan itu, Baginda memakannnya. Jika tidak, Baginda meninggalkannya.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
  •  Aisyah berkata,”Kadang kala sebulan berlalu namun kami tidak menyalakan api di dapur. Kami hanya makan kurma dan air saja. Kecuali jika seseorang menghadiahkan sedikit daging kepada kami.” (Riwayat al-Bukhari)
  •  Hidangan yg dimakan Nabi pun hanya diletakkan di lantai tanpa meja makan, Beliau menyuap makanan itu dgn hanya menggunakan tiga jari, tanpa sudu dan garpu. Selesai makan, Baginda membersihkan jari-jarinya dgn menjilat lidahnya sebelum membasuhnya dgn air. Minuman terbaik yg pernah Baginda minum ialah susu atau air kurma yg direndam semalaman agar terasa manis.

  • Kenderaan yg Baginda gunakan ialah keldai yg tali kekangnya dibuat drpd serabut. Rumah Baginda pula sederhana luas. Siti Aisyah berkata,”Suatu hari aku tidur di hadapan Rasulullah s.a.w,kakiku berada di kiblat Baginda. Jika hendak sujud, Baginda menepuk kakiku maka aku lalu menarik kakiku. Jika beliau berdiri, aku meluruskan kakiku kembali”. Maknanya rumah Nabi s.aw. sangat sempit. Aisyah juga berkata, “Rumah-rumah pada waktu itu belum memiliki lampu”. (Riwayat al-Bukhari).
Kesederhanaan hidup tidak mengurangi kemuliaan Baginda di sisi Allah dan di mata manusia. Sebaliknya kesederhanaan makin menghiasi dan memperindah kebesaran Baginda sebagai seorang yg tidak diperhamba oleh harta benda keduniaan.

No comments:

Post a Comment

PeRhaTian!!! : siLa komen selepas membaca ; pastikan anda menggunakan bahasa yg elok

Sila tInggaLkaN pEsaNan AnDa seLepas buNyi BeeP...

BeeP !!!