Saturday, April 2, 2011

ADAB MEMBUANG AIR


ADAB MEMBUANG AIR
Islam ialah satu agama yg lengkap. Setiap perbuatan yg kita laksanakan walaupun kelihatan remeh, ada peraturan, adabnya dan larangannya. Semua ini perlu kita amalkan kerana semua ini amalan ada kebaikannya dan jiki kita berniat ikhlas kerana Allah kita akan dikurniakan pahala daripada Nya.

·        Tidak menghadap ke arah kiblat atau membelakanginya ketika membuang air
·        Makruh membuang air di dalam air yg tidak mengalir atau di dalam air mengalir yg sedikit. Ini berdasarkan hadith riwayat Muslim yg bermaksud,”Bahawa Nabi s.a.w menegah membuang air (kencing) di dalam air yg tidak mengalir”.
·        Makruh membuang air di bawah pokok buah – buahan sama ada ketika berbuah atau tidak.
·        Makruh membuang air di dalam lubang dan di celah rekahan tanah.
·        Makruh membuang air di jalan, di tempat teduh dan di dalam lubang yg bukan digali khas utk membuang air.
·        Makruh bercakap ketika membuang air kecuali kerana satu keperluan.
·        Makruh menghadap matahari atau bulan ketika membuang air.
·        Sunat berlindung drpd pandangan manusia.
·        Haram membawa bersama-sama sebarang benda yg ada catatan nama Allah, Al-Quran dan seumpamanya ketika membuang air.

No comments:

Post a Comment

PeRhaTian!!! : siLa komen selepas membaca ; pastikan anda menggunakan bahasa yg elok

Sila tInggaLkaN pEsaNan AnDa seLepas buNyi BeeP...

BeeP !!!