Al – Quran telah mengajar kita menjaga kesihatan dengan melakukan amalan seperti berikut :
- Mandi pagi sebelum waktu subuh atau sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak terkumpul. Kita boleh lihat orang yang mengamalkan mandi pagi kebanyakan badan tidak gemuk.
- Rasulullah S.A.W mengamalkan minum segelas air (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah jauh dari penyakit.
- Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang – kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelakkan dari sakit pening atau migrain. (Ini dapat dibuktikan melalui kajian para saintis)
- Dalam hadis Rasulullah S.A.W ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Di khuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai di mana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindak balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.
- Nabi mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemui enzim banyak terkandung di celah jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzim sejenis alat pencerna makanan,tanpanya makanan tidak hadam).
Sabda Nabi S.A.W :"Ilmu itu milik tuhan, barangsiapa menyebarkan ilmu demi kebaikan Insya Allah, Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya".
No comments:
Post a Comment
PeRhaTian!!! : siLa komen selepas membaca ; pastikan anda menggunakan bahasa yg elok
Sila tInggaLkaN pEsaNan AnDa seLepas buNyi BeeP...
BeeP !!!