Seseorang muslim yang terluput solat fardhu lima waktu wajiblah mengqadhanya atau menggantikannya,sama ada sebab terluput solat itu kerana terlupa atau tertidur atau akibat dari kelalaian, kerana solat lima waktu itu wajib dilaksanakan tepat pada waktunya. Sekiranya menggugurkan solat kerana uzur dan halangan2 tertentu maka tidak dikira berdosa.
Keuzuran yg menggugurkan kewajipan solat.
- Haid dan nifas (tidak diwajibkan mengqadhanya berbeza dengan ibadah puasa diwajibkan mengqadhanya)
- Gila.Seseorang yg mengalami gila secara berterusan dan sebagainya akan gugurlah kewajipan solat darinya, kecuali gila yang sementara, setelah sedar dari penyakit gila itu, dia wajib mengqadha semua solat yg terluput.)
- Pengsan. Seseorang yg pesan yg dialami seseorang itu berterusan sehingga kedua - dua waktu solat fardhu yg diharuskan jamak.Umpamanya seorang yg pengsan sebelum waktu zohor dan berterusan sampai matahari terbenam.
- Murtad
Mengqadha solat boleh dilakukan pada bila-bila masa,sekalipun pada tiga waktu yg dilarang dari mengerjakan solat, iaitu ketika matahari terbit, matahari berada tepat di tengah langit dan ketika matahari terbenam. Begitu juga boleh diqadha beberapa solat yg terluput dalam satu waktu, kerana yg dimaksudkan dengan qadha itu, ialah menggantikan solat yg terluput (tertinggal) dalam waktu yg lain.
Cara mengerjakan solat Qadha.
- Jika jenis solat yg tertinggal itu solat sirri (yg dibaca secara senyap)
- Sekiranya solat yg ditinggalkan itu adalah solat zohor dan asar, maka jika solat ini diqadha pd waktu malam, ia hendaklah dibaca secara kuat,sedangkan pada asalnya ia dibaca secara senyap.
2. Jika solat yg tertinggal itu solat jahr (yg dibaca kuat ayat-ayatnya)
- Sekiranya seseorang itu tertinggal solat maghrib,subuh,isya', maka sekiranya solat ini diqadha pada siang hari,ia tidak dibaca secara kuat tetapi dibaca secara perlahan kecuali jika dilaksanakan pd malam hari, hendaklah dibaca kuat.
salam...article bagus..makasih banyak2 jazakallahuukhairan ktsira..
ReplyDeletetp bleh kasih 1 cadangan tak?
akan lebih baik apabila dicantumkan hadist ataupun ayat quran yang mengitsbatkan tentang qadha slat nie..
syukran..
Assalamualaikum.Terima kasih sy ucapkan atas kesudian anda meluangkan masa membaca artikel ini dan juga cadangan yg diberikan..semoga artikel ini dpt dijadikan panduan kpd anda..Di sini sy sertakan hadith yg mengenai qadha solat :
ReplyDeleteHadis riwayat al-Nasa'i dan Tirmizi
maksudnya "sesungguhnya tidak termasuk kelalaian kerana tertidur, tetapi kelalaian waktu trjaga. Oleh sebab itu,ssorang drpda kamu trlupa mengejarkan solat atau tertidur sehingga tertinggal ibadat solat, hendaklah dia mengerjakannya apabila dia sedar (ingat) dari tidu ".
Hadis Khamsah
ReplyDeleteMaksudnya "Sesiapa yg terlupa mengerjakan solat,hendaklah mengerjakannya apabila teringat dan tidak dikenakan kifarat ke atasnya ".
Hadis al-Bukhari dan Muslim
Maksudnya "Sekira ada di antara kamu yg tertidur, sehingga tertinggal ibadat solat atau terlupa mengerjakannya, hendaklah dia mengerjakan setelah teringat, kerana Allah S.WT telah berfirman."Dan dirikan solat utk mengingati Aku (ALLAH)
Riwayat dri Abu Qatadah :
ReplyDeleteMaksudnya :"Pada suatu malam kami bermusafir bersama Rasulullah S.A.W slah seorg dari kami berkata kepada Baginda " "Tidakkah lebih baik beristirehat,wahai Rasulullah?
Baginda menjawab :'Aku khuatir kamu semua akan tertidur sehingga terluput solat'. Bilal pun berkata:"Aku akan membangunkan kamu'. Kemudian itu, mereka semua tidur. Sementara itu, Bilal menyandarkan belakangnya pada kenderaanya, dan nampaknya Bilal tidak dapat menahan rasa ngantuknya sehingga akhirnya dia juga tertidur. kemudian itu, Nabi S.A.W bangkit dari tidurnya dan ketika itu matahari telah naik tggi, maka Baginda pun bersabda :'Wahai Bilal! Di manakah janjimu itu? Lalu Bilal menjawab:'Sesungguhnya aku tidak pernah mengalami keadaan seperti ini'. Maka Baginda bersabda lagi:'Allah akan mencabut roh-roh kamu bila - bila sahaja dikehendaki dan akan mengembalikannnya bila -bila sahaja Dia kehendaki. Wahai Bilal! Berdirilah dan serukan azan kepada mereka semua'. Kemudian Baginda berwudhuk. Ketika matahari tlah tggi dan terang bersinar, Baginda mengerjakan solat bersama para jemaah".
Menurut riwayat Ahmad, mereka (para jemaah) berkata:"Wahai Rasulullah! Tidakkah sebaiknya kita kerjakan solat ini esok,pada waktunya?
Lalu Baginda menjawab:"Tidakkah Allah melarang kamu dari melakukan riba, dan dan kamu akan melakukannya?''.