Sunday, January 2, 2011

.::Cara Mencegah Kanser (Must read this!!!)::.

Merujuk kepada statistik, kanser di negara kita menjadi pembunuh kedua selepas kemalangan jalan raya. Namun berita baik mengenai kanser, ia boleh dicegah!. Berikut garis panduan yang dikeluarkan Institut Penyeledikan Kanser Amerika Syarikat dan Dana Penyelidikan Dunia untuk kanser dalam usaha mencegahnya.

  1. Pilih diet berasaskan tumbuhan dengan sayur-sayuran, buah-buahan,kekacang serta kurangkan pengambilan makanan ruji berkanji yang diproses. Makanan berasaskan tumbuh-tumbuhan dianggap diet paling baik untuk mencegah kanser. Makanan berasaskan tumbuhan juga rendah kalori dan ini membawa mencegah kegemukan yang merupakan salah satu punca kanser
  2. Dapatkan berat badan ideal. Elakkan daripada mengalami kekurangan berat badan atau berlebihan berat badan. Ini kerana kegemukan boleh menyebabkan kanser payudara dan kanser buah pinggang. Selain itu, elakkan juga kenaikan berat badan mendadak selepas usia 18 tahun kerana ia berisiko besar.
  3. Jangan duduk sahaja di tempat kerja. Lakukan 'latihan' berjalan selama sejam atau senaman seumpamanya setiap hari. Ia mampu membantu mencegah kanser kolon,kanser payudara dan kanser paru-paru.
  4. Hentikan pengambilan alkohol bagi orang Islam,alkohol memang dilarang sama sekali. Ketahuilah alkohol boleh meningkatkan risiko kanser mulut, farinks,larinks,esofagus,hati,kolon,rektum dan payudara.
  5. Kurangkan pengambilan makanan dan gula yang diproses. Digalakan makan makanan berubi seperti kentang dan keledek, makanan berakar seperti lobak, dan makanan seperti bijiran dan nasi kerana ia bertindak pelindung kanser.
  6. Hadkan pengambilan daging merah kepada kurang daripada tiga auns sehari. Seelok-eloknya pilih ikan,ayam atau daging yang bukan daripada haiwan ternakan utk menggantikan daging merah (daging lembu, kambing,biri-biri dan seumpamanya) meningkatkan risiko kanser.
  7. Gunakan minyak sayur-sayuran yang sesuai secara sederhana. Hadkan pengambilan makanan berlemak terutamanya dari sumber haiwan. 
  8. Kurangkan pengambilan makanan bergaram dan garam dalam hidangan. Gunakan herba dan rempah sebagai bahan perasa. Knadungan garam yang tinggi boleh menyebabkan kanser perut.
  9. Jangan makan makanan yang tercemar dengan kulat. Ia akan menyebabkan kanser perut. 
  10. Simpan makanan yang cepat rosak dalam peti sejuk. Ada kajian membuktikan penyejukan dapat mengurangkan keperluan garam sebagai pengawet dan sekaligus mengurangkan risiko kanser perut
  11. Jangan merokok atau mengunyah tembakau
  12. Kurangkan makanan yang disalai. Memadai ambil sekali-sekala makanan(daging atau ikan) yg disalai atas api serta daging yg diawetkan dan diasapkan. Ini kerana makanan yang disalai, diawet dan dan juga melalui pembakaran kayu yg ditemui dalam makanan berasap akan berisiko mendapat kanser.       Walaubagaimanapun kaedah memasak dengan suhu rendah seperti mengukus, merebus dan mereneh.membakar dan memanggang dianggap baik untuk kesihatan.

No comments:

Post a Comment

PeRhaTian!!! : siLa komen selepas membaca ; pastikan anda menggunakan bahasa yg elok

Sila tInggaLkaN pEsaNan AnDa seLepas buNyi BeeP...

BeeP !!!