Tuesday, January 11, 2011

.::Persoalan Agama (koleksi 1)::.


Persoalan1 : Berdosakah menyimpan gambar teman wanita di dalam dompet?
Jawapan  : Hanya sekadar menyimpan gambar teman wanita di dalam dompet tidak berdosa.
                 Bagaimanapun,  perbuatan itu menjadi dosa apabila gambar itu mempunyai unsur
                 dan perkara haram spt terbuka aurat, merangsang nafsu dan sebagainya. Selain itu,
                 ada pendapat yg mengharamkan simpanan gambar berkenaan.
                 Maka lebih baik mengelak daripada berbuat demikian.

Persoalan 2: Adakah berseluar pendek bagi lelaki dengan tujuan untuk bersukan, 
                    melakukan aktiviti harian atau dengan niat memudahkan 
                    pergerakan dibenarkan dalam Islam?
Jawapan   :   Dalam Islam, para ulama membahagikan batas - batas aurat bg lelaki khususnya di luar
                    sembahyang kpd dua kategori berikut:

                  1)  Aurat lelaki ketika berhadapan dgn lelaki.
Aurat lelaki yg wajib ditutup adalah bahagian tubuh badan antara pusat hingga lutut.

                  2)  Aurat lelaki ketika berhadapan dgn wanita.
Aurat lelaki ketika berhadapan dgn wanita adalah berbeza berdasarkan kedudukannya dgn wanita tersebut. Sekiranya mereka itu terdiri drpd bapa, adik-beradik kandung, bapa saudaranya dan lain-lain, maka aurat yg mesti ditutup ialah bahagian anggota yg terletak antara pusat dan lutut. Begitu juga menurut pendapat yg terkuat jika dia (ajnabi) seorang yg lain drpd keluargany. Oleh itu, berseluar pendek utk bersukan, melakukan aktiviti harian atau dgn niat utk memudahkan pergerakan adalah dilarang.   

Persoalan 3 : Keluar air mazi - Apabila seseorang perempuan secara tidak sengaja mengeluarkan
                     air mazi ketika menonton televisyen atau melihat sesuatu perkara, adakah perlu
                     utk mandi wajib?
Jawapan     :  Sebaik-baiknya dibezakan dulu antara mani dan mazi. Air mani ialah cecair yg keluar
                     ketika mencapai kemuncak syahwat ketika berjimak atau bermimpi. Hukum air mani
                     adalah suci bagaimanapun apabila keluar air mani, seseorang itu wajib mengangkat
                     hadas besar iaitu mandi wajib. 
               Manakala air mazi ialah air yg keluar ketika ghairah. Jika diyakini air yg keluar itu       adalah air mazi, seseorang itu tidak wajib mandi hadas, memadai dia membasuh kemaluannya
                     dan tempat yg terkena air mazi berkenaan. Ini kerana air mazi adalah najis
                     mutawassitah.

No comments:

Post a Comment

PeRhaTian!!! : siLa komen selepas membaca ; pastikan anda menggunakan bahasa yg elok

Sila tInggaLkaN pEsaNan AnDa seLepas buNyi BeeP...

BeeP !!!