Tuesday, January 11, 2011

.::Persoalan Agama (koleksi 1)::.


Persoalan1 : Berdosakah menyimpan gambar teman wanita di dalam dompet?
Jawapan  : Hanya sekadar menyimpan gambar teman wanita di dalam dompet tidak berdosa.
                 Bagaimanapun,  perbuatan itu menjadi dosa apabila gambar itu mempunyai unsur
                 dan perkara haram spt terbuka aurat, merangsang nafsu dan sebagainya. Selain itu,
                 ada pendapat yg mengharamkan simpanan gambar berkenaan.
                 Maka lebih baik mengelak daripada berbuat demikian.

Persoalan 2: Adakah berseluar pendek bagi lelaki dengan tujuan untuk bersukan, 
                    melakukan aktiviti harian atau dengan niat memudahkan 
                    pergerakan dibenarkan dalam Islam?
Jawapan   :   Dalam Islam, para ulama membahagikan batas - batas aurat bg lelaki khususnya di luar
                    sembahyang kpd dua kategori berikut:

                  1)  Aurat lelaki ketika berhadapan dgn lelaki.
Aurat lelaki yg wajib ditutup adalah bahagian tubuh badan antara pusat hingga lutut.

                  2)  Aurat lelaki ketika berhadapan dgn wanita.
Aurat lelaki ketika berhadapan dgn wanita adalah berbeza berdasarkan kedudukannya dgn wanita tersebut. Sekiranya mereka itu terdiri drpd bapa, adik-beradik kandung, bapa saudaranya dan lain-lain, maka aurat yg mesti ditutup ialah bahagian anggota yg terletak antara pusat dan lutut. Begitu juga menurut pendapat yg terkuat jika dia (ajnabi) seorang yg lain drpd keluargany. Oleh itu, berseluar pendek utk bersukan, melakukan aktiviti harian atau dgn niat utk memudahkan pergerakan adalah dilarang.   

Persoalan 3 : Keluar air mazi - Apabila seseorang perempuan secara tidak sengaja mengeluarkan
                     air mazi ketika menonton televisyen atau melihat sesuatu perkara, adakah perlu
                     utk mandi wajib?
Jawapan     :  Sebaik-baiknya dibezakan dulu antara mani dan mazi. Air mani ialah cecair yg keluar
                     ketika mencapai kemuncak syahwat ketika berjimak atau bermimpi. Hukum air mani
                     adalah suci bagaimanapun apabila keluar air mani, seseorang itu wajib mengangkat
                     hadas besar iaitu mandi wajib. 
               Manakala air mazi ialah air yg keluar ketika ghairah. Jika diyakini air yg keluar itu       adalah air mazi, seseorang itu tidak wajib mandi hadas, memadai dia membasuh kemaluannya
                     dan tempat yg terkena air mazi berkenaan. Ini kerana air mazi adalah najis
                     mutawassitah.

Sunday, January 9, 2011

.::Mengqadha solat::.

Seseorang muslim yang terluput solat fardhu lima waktu wajiblah mengqadhanya atau menggantikannya,sama ada sebab terluput solat itu kerana terlupa atau tertidur atau akibat dari kelalaian, kerana solat lima waktu itu wajib dilaksanakan tepat pada waktunya. Sekiranya menggugurkan solat kerana uzur dan halangan2 tertentu maka tidak dikira berdosa.

Keuzuran yg menggugurkan kewajipan solat. 
  • Haid dan nifas (tidak diwajibkan mengqadhanya berbeza dengan ibadah puasa diwajibkan mengqadhanya)
  • Gila.Seseorang yg mengalami gila secara berterusan  dan sebagainya akan gugurlah kewajipan solat darinya, kecuali gila yang sementara, setelah sedar dari penyakit gila itu, dia wajib mengqadha semua solat yg terluput.)
  • Pengsan. Seseorang yg pesan yg dialami seseorang itu berterusan sehingga kedua - dua waktu solat fardhu yg diharuskan jamak.Umpamanya seorang yg pengsan sebelum waktu zohor dan berterusan sampai matahari terbenam.
  • Murtad
Mengqadha solat boleh dilakukan pada bila-bila masa,sekalipun pada tiga waktu yg dilarang dari mengerjakan solat, iaitu ketika matahari terbit, matahari berada tepat di tengah langit dan ketika matahari terbenam. Begitu juga boleh diqadha beberapa solat yg terluput dalam satu waktu, kerana yg dimaksudkan dengan qadha itu, ialah menggantikan solat yg terluput (tertinggal) dalam waktu yg lain.

Cara mengerjakan solat Qadha.
  1. Jika jenis solat yg tertinggal itu solat sirri (yg dibaca secara senyap)
- Sekiranya solat yg ditinggalkan itu adalah solat zohor dan asar, maka jika solat ini diqadha pd waktu malam, ia hendaklah dibaca secara kuat,sedangkan pada asalnya ia dibaca secara senyap.  

    2.   Jika solat yg tertinggal itu solat jahr (yg dibaca kuat ayat-ayatnya)

- Sekiranya seseorang itu tertinggal solat maghrib,subuh,isya', maka sekiranya solat ini diqadha pada siang hari,ia tidak dibaca secara kuat tetapi dibaca secara perlahan kecuali jika dilaksanakan pd malam hari, hendaklah dibaca kuat.

Sunday, January 2, 2011

.::Cara Mencegah Kanser (Must read this!!!)::.

Merujuk kepada statistik, kanser di negara kita menjadi pembunuh kedua selepas kemalangan jalan raya. Namun berita baik mengenai kanser, ia boleh dicegah!. Berikut garis panduan yang dikeluarkan Institut Penyeledikan Kanser Amerika Syarikat dan Dana Penyelidikan Dunia untuk kanser dalam usaha mencegahnya.

  1. Pilih diet berasaskan tumbuhan dengan sayur-sayuran, buah-buahan,kekacang serta kurangkan pengambilan makanan ruji berkanji yang diproses. Makanan berasaskan tumbuh-tumbuhan dianggap diet paling baik untuk mencegah kanser. Makanan berasaskan tumbuhan juga rendah kalori dan ini membawa mencegah kegemukan yang merupakan salah satu punca kanser
  2. Dapatkan berat badan ideal. Elakkan daripada mengalami kekurangan berat badan atau berlebihan berat badan. Ini kerana kegemukan boleh menyebabkan kanser payudara dan kanser buah pinggang. Selain itu, elakkan juga kenaikan berat badan mendadak selepas usia 18 tahun kerana ia berisiko besar.
  3. Jangan duduk sahaja di tempat kerja. Lakukan 'latihan' berjalan selama sejam atau senaman seumpamanya setiap hari. Ia mampu membantu mencegah kanser kolon,kanser payudara dan kanser paru-paru.
  4. Hentikan pengambilan alkohol bagi orang Islam,alkohol memang dilarang sama sekali. Ketahuilah alkohol boleh meningkatkan risiko kanser mulut, farinks,larinks,esofagus,hati,kolon,rektum dan payudara.
  5. Kurangkan pengambilan makanan dan gula yang diproses. Digalakan makan makanan berubi seperti kentang dan keledek, makanan berakar seperti lobak, dan makanan seperti bijiran dan nasi kerana ia bertindak pelindung kanser.
  6. Hadkan pengambilan daging merah kepada kurang daripada tiga auns sehari. Seelok-eloknya pilih ikan,ayam atau daging yang bukan daripada haiwan ternakan utk menggantikan daging merah (daging lembu, kambing,biri-biri dan seumpamanya) meningkatkan risiko kanser.
  7. Gunakan minyak sayur-sayuran yang sesuai secara sederhana. Hadkan pengambilan makanan berlemak terutamanya dari sumber haiwan. 
  8. Kurangkan pengambilan makanan bergaram dan garam dalam hidangan. Gunakan herba dan rempah sebagai bahan perasa. Knadungan garam yang tinggi boleh menyebabkan kanser perut.
  9. Jangan makan makanan yang tercemar dengan kulat. Ia akan menyebabkan kanser perut. 
  10. Simpan makanan yang cepat rosak dalam peti sejuk. Ada kajian membuktikan penyejukan dapat mengurangkan keperluan garam sebagai pengawet dan sekaligus mengurangkan risiko kanser perut
  11. Jangan merokok atau mengunyah tembakau
  12. Kurangkan makanan yang disalai. Memadai ambil sekali-sekala makanan(daging atau ikan) yg disalai atas api serta daging yg diawetkan dan diasapkan. Ini kerana makanan yang disalai, diawet dan dan juga melalui pembakaran kayu yg ditemui dalam makanan berasap akan berisiko mendapat kanser.       Walaubagaimanapun kaedah memasak dengan suhu rendah seperti mengukus, merebus dan mereneh.membakar dan memanggang dianggap baik untuk kesihatan.

.::Rukun Iman (wajib kita tahu)::.

.::RUKUN IMAN::.
  • Beriman kepada Allah 
(Dengan iman kita membulatkan keyakinan hati semata-mata kerana Allah. Secara positif menuju tauhid yang murni dan menafikan segala bentuk pemujaan kepada selain dari Allah)
  • Beriman kepada Malaikat
(Dengan iman kita mempercayai wujudnya makhluk ghaib bernama malaikat yang melaksanakan tugasnya menurut perintah Allah. Wajib kita mempercayai alam ghaib seperti yang diberitakan Allah dan menolak segala bentuk yang tidak diberkati Allah)

  • Beriman kepada Kitab
(Iaitu kita mempercayai adanya kitab suci yang Allah turunkan kepada umat manusia melalui utusan Nya bagi memimpin mereka ke jalan yang selamat. Kitab suci ini diakhiri dengan Al - Quran)
  • Beriman kepada Nabi dan Rasul
(Dengan beriman kepada nabi dan rasul kita meyakini adanya manusia pilihan yang diutuskan oleh Allah untuk memberi petunjuk yang di akhiri dengan Nabi Muhammad)
  • Beriman kepada Hari Kiamat
(Dengan iman kita meyakini di sebalik kehidupan di dunia ini masih ada kehidupan lain yang kekal abadi buat selama-lamanya iaitu suatu tempat penentuan manusia sama ada ke syurga atau neraka)
  • Beriman kepada Qada' dan Qadar
(Dengan beriman kepada qada dan qadar, kita meyakini di samping usaha yang dilakukan hanya Allah yang menentukan dan segalanya terletak di dalam kekuasaan-Nya)

.::Sunnah – sunnah Rasulullah S.A.W::.

Al – Quran telah mengajar kita menjaga kesihatan dengan melakukan amalan seperti berikut :



  • Mandi pagi sebelum waktu subuh atau sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak terkumpul. Kita boleh lihat orang yang mengamalkan mandi pagi kebanyakan badan tidak gemuk.

  • Rasulullah S.A.W mengamalkan minum segelas air (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah jauh dari penyakit.



  • Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang – kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelakkan dari sakit pening atau migrain. (Ini dapat dibuktikan melalui kajian para saintis)

  • Dalam hadis Rasulullah S.A.W ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Di khuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai di mana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindak balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.



  • Nabi mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemui enzim banyak terkandung di celah jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzim sejenis alat pencerna makanan,tanpanya makanan tidak hadam).


    Sabda Nabi S.A.W :"Ilmu itu milik tuhan, barangsiapa menyebarkan ilmu demi kebaikan Insya Allah, Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya".

.::Kisah Menarik - Kisah Penjual Tempe::.

Kisah Penjual Tempe


Bacalah....moga menjadi iktibar.Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Disitu ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. 
Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri. 
Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba-tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. 
Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi. Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa ,

 "Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe.. Amin" 

Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya. Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi.

 "Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin". 

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak. Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. 

"Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin". 

Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya. Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada. Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. 

Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! 

Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan. Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang. Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh d i sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir,

 "Ya Allah, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini." 

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita. 

"Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi." 

Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya "Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin". Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu. Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, 

"Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?" 

Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap. Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan...

Moral: 

Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Allah sewaktu berdoa, 
padahal sebenarnya Allah lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa 
yang terbaik untuk diri kita. 

Kedua:. Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai 
hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang 
dipinta. Percayalah bahawa Allah akan mengabulkan doa kita sesuai dengan 
rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita. 

Ketiga : Tiada yang mustahil bagi Allah 

Keempat : Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita sedang kita tidak 
pernah mahu memenuhi hak Allah seperti menjaga SEMBAHYANG 5 WAKTU , 
menyegerakan solat, berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan ke 
arah kebaikan...oleh itu, hantarlah kepada sahabat yang lain agar kebaikan 
boleh sama dikongsi. Mudah-mudahan Allah suka dengan apa yang kita buat 
(",) ....

'kita adalah kejadian yang sempurna tetapi apa yg kita lakukan selalunya tidak sempurna'

::Cinta ibarat menunggu bas::




Tahu tak, cinta sebenarnya sama seperti seseorang yg menunggu bas. Bila bas tu datang, awak nengok bas tu dan awak kata pada diri awak,”Eee… penuhnya… tak de tempat duduk.” Jadik, awak katakan pada diri awak, “Saya akan tunggu bas yg lain.” Awak pun biarkan bas tu berlalu dan awak tunggu pulak bas yg lain. Kemudian, datang pulak bas yg kedua. Awak nengok bas tu dan awak akan cakap, “Eee… bas ni buruk sgt… mesti tak selesa. Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan.” Jadi, awak pun biarkan bas buruk tu berlalu dan awak bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya.

Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yg datang tu kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yg tadi tapi kali ni awak kata, “Emmm… . tak de air-cond… cuaca pulak panas. Lebih baik saya tunggu bas yg lain.” Dan sekali lagi awak biarkan bas tu berlalu dan awak bercadang utk menanti bas yg seterusnya. Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru awak perasan yg awak pula dah terlambat rupanya. Awak mula panik dan terus naik bas yg datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna. Dan kemudian barulah awak sedar bahawa… awak dah naik bas yg salah. Jadi, selama ni awak dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yg awak nak. Walaupun yg datang tu adalah bas yang ber aircond, adakah awak dpt pastikan bahawa bas tu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas tu tak terlalu sejuk untuk awak? Jadik, (terutamanya golongan perempuan)lelaki pun samalah mengingini apa yg awak idamkan tu memang tak salah. Tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan? Sekiranya awak dapati “bas” itu tak sesuai dengan awak, apa yg perlu awak lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas tu. Tapi tentu awak semua  ada pengalaman yg macam ni. Awak nampak sebuah bas datang (tentulah bas yg awak nanti- nanti kan), awak tahan bas tu tapi pemandu bas tu pulak buat tak faham dan pura-pura buat tak nampak awak dan terus berlalu tinggalkan awak! Hahahaha… . Bila ada bas yang lalu melintasi macam tu, apa yang lakukan ialah BERJALAN!

Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas tu sebab setiap kali, awak akan terjatuh dan menyakiti diri awak sendiri. Jadi, bercinta tu adalah ibarat menunggu bas, sama ada awak nak naik dan beri peluang pada bas tu… semuanya terpulang pada diri awak. Dan bila awak berjalan, awak sebenarnya cuba melarikan diri daripada cinta!

Mulianya hati seorang anak



74 wasiat buat diri kita

1. Ikhlaskanlah niat kepada Allah dan hati-hatilah dari riya’ baik dalam perkataan ataupun perbuatan.

2. Ikutilah sunnah Nabi dalam semua perkataan, perbuatan, dan akhlak.

3. Bertaqwalah kepada Allah dan ber’azamlah untuk melaksanakan semua perintah dan menjauhi segala larangan-Nya.

4. Bertaubatlah kepada Allah dengan taubat nashuha dan perbanyaklah istighfar.

5. Ingatlah bahwa Allah senatiasa mengawasi gerak-gerikmu. Dan ketahuilah bahwa Allah melihatmu, mendengarmu dan mengetahui apa yang terbersit di hatimu.

6. Berimanlah kepada Allah, malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, dan hari akhir serta qadar yang baik ataupun yang buruk.

7. Janganlah engkau taqlid (mengekor) kepada orang lain dengan buta (tanpa memilih dan memilah mana yang baik dan yang buruk serta mana yang sesuai dengan sunnah/syari’at dan mana yang tidak). Dan janganlah engkau termasuk orang yang tidak punya pendirian.

8. Jadilah engkau sebagai orang pertama dalam mengamalkan kebaikan karena engkau akan mendapatkan pahalanya dan pahala orang yang mengikuti/mencontohmu dalam mengamalkannya.

9. Peganglah kitab Riyadlush Shalihin, bacalah olehmu dan bacakan pula kepada keluargamu, demikian juga kitab Zaadul Ma’ad oleh Ibnul Qayyim.

10. Jagalah selalu wudlu’mu dan perbaharuilah. Dan jadilah engkau senantiasa dalam keadaan suci dari hadats dan najis.

11. Jagalah selalu shalat di awal waktu dan berjamaah di masjid terlebih lagi sahalat ‘Isya dan Fajr (shubuh).

12. Janganlah memakan makanan yang mempunyai bau yang tidak enak seperti bawang putih dan bawang merah. Dan janganlah merokok agar tidak membahayakan dirimu dan kaum muslimin.

13. Jagalah selalu shalat berjamaah agar engkau mendapat kemenangan dengan pahala yang ada pada shalat berjamaah tersebut.

14. Tunaikanlah zakat yang telah diwajibkan dan janganlah engkau bakhil kepada orang-orang yang berhak menerimanya.

15. Bersegeralah berangkat untuk shalat Jumat dan janganlah berlambat-lambat sampai setelah adzan kedua karena engkau akan berdosa.

16. Puasalah di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharap pahala dari Allah agar Allah mengampuni dosa-dosamu baik yang telah lalu ataupun yang akan datang.

17. Hati-hatilah dari berbuka di siang hari di bulan Ramadhan tanpa udzur syar’i sebab engkau akan berdosa karenanya.

18. Tegakkanlah shalat malam (tarawih) di bulan Ramadhan terlebih-lebih pada malam lailatul qadar dengan penuh keimanan dan mengharap pahala dari Allah agar engkau mendapatkan ampunan atas dosa-dosamu yang telah lalu.

19. Bersegeralah untuk haji dan umrah ke Baitullah Al-Haram jika engkau termasuk orang yang mampu dan janganlah menunda-nunda.

20. Bacalah Al-Qur’an dengan mentadaburi maknanya. Laksanakanlah perintahnya dan jauhi larangannya agar Al-Qur’an itu menjadi hujjah bagimu di sisi rabmu dan menjadi penolongmu di hari qiyamat.

21. Senantiasalah memperbanyak dzikir kepada Allah baik perlahan-lahan ataupun dikeraskan, apakah dalam keadaan berdiri, duduk ataupun berbaring. Dan hati-hatilah engkau dari kelalaian.

22. Hadirilah majelis-majelis dzikir karena majelis dzikir termasuk taman surga.

23. Tundukkan pandanganmu dari aurat dan hal-hal yang diharamkan dan hati-hatilah engkau dari mengumbar pandangan, karena pandangan itu merupakan anak panah beracun dari anak panah Iblis.

24. Janganlah engkau panjangkan pakaianmu melebihi mata kaki dan janganlah engkau berjalan dengan kesombongan/keangkuhan.

25. Janganlah engkau memakai pakaian sutra dan emas karena keduanya diharamkan bagi laki-laki.

26. Janganlah engkau menyeruapai wanita dan janganlah engkau biarkan wanita-wanitamu menyerupai laki-laki.

27. Biarkanlah janggutmu karena Rasulullah: “Cukurlah kumis dan panjangkanlah janggut.” (hari. Bukhari Dan Muslim)

28. Janganlah engkau makan kecuali yang halal dan janganlah engkau minum kecuali yang halal agar doamu diijabah.

29. Ucapkanlah "bismillah" ketika engkau hendak makan dan minum dan ucapkanlah "alhamdulillah" apabila engkau telah selesai.

30. Makanlah dengan tangan kanan, minumlah dengan tangan kanan, ambillah dengan tangan kanan dan berilah dengan tangan kanan.

31. Hati-hatilah dari berbuat kezhaliman karena kezhaliman itu merupakan kegelapan di hari kiamat.

32. Janganlah engkau bergaul kecuali dengan orang mukmin dan janganlah dia memakan makananmu kecuali engkau dalam keadaan bertaqwa (dengan ridla dan memilihkan makanan yang halal untuknya).

33. Hati-hatilah dari suap-menyuap (kolusi), baik itu memberi suap, menerima suap ataupun perantaranya, karena pelakunya terlaknat.

34. Janganlah engkau mencari keridlaan manusia dengan kemurkaan Allah karena Allah akan murka kepadamu.
35. Ta’atilah pemerintah dalam semua perintah yang sesuai dengan syari’at dan doakanlah kebaikan untuk mereka.

36. Hati-hatilah dari bersaksi palsu dan menyembunyikan persaksian.
“Barangsiapa yang menyembunyikan persaksiannya maka hatinya berdosa. Dan Allah maha mengetahui apa yang kalian kerjakan.” (Al-Baqarah: 283)

37. “Dan ber amar ma’ruf nahi munkarlah serta shabarlah dengan apa yang menimpamu.” (Luqman: 17)
Ma’ruf adalah apa-apa yang diperintahkan oleh Allah dan rasul-Nya , dan munkar adalah apa-apa yang dilarang oleh Allah dan rasul-Nya.

38. Tinggalkanlah semua hal yang diharamkan baik yang kecil ataupun yang besar dan janganlah engkau bermaksiat kepada Allah dan janganlah membantu seorangpun dalam bermaksiat kepada-Nya.

39. Janganlah engkau dekati zina. Allah berfirman: “Janganlah kalian mendekati zina. Sesungguhnya zina itu adalah kekejian dan sejelek-jelek jalan.” (Al-Isra’:32)

40. Wajib bagimu berbakti kepada orang tua dan hati-hatilah dari mendurhakainya.

41. Wajib bagimua untuk silaturahim dan hati-hatilah dari memutuskan hubungan silaturahim.

42. Berbuat baiklah kepada tetanggamu dan janganlah menyakitinya. Dan apabila dia menyakitimu maka bersabarlah.

43. Perbanyaklah mengunjungi orang-orang shalih dan saudaramu di jalan Allah.

44. Cintalah karena Allah dan bencilah juga karena Allah karena hal itu merupakan tali keimanan yang paling kuat.

45. Wajib bagimu untuk duduk bermajelis dengan orang shalih dan hati-hatilah dari bermajelis dengan orang-orang yang jelek.

46. Bersegeralah untuk memenuhi hajat (kebutuhan) kaum muslimin dan buatlah mereka bahagia.

47. Berhiaslah dengan kelemahlembutan, sabar dan teliti. Hatilah-hatilah dari sifat keras, kasar dan tergesa-gesa.

48. Janganlah memotong pembicaraan orang lain dan jadilah engkau pendengar yang baik.

49. Sebarkanlah salam kepada orang yang engkau kenal ataupun tidak engkau kenal.

50. Ucapkanlah salam yang disunahkan yaitu "assalamualaikum" dan tidak cukup hanya dengan isyarat telapak tangan atau kepala saja.

51. Janganlah mencela seorangpun dan mensifatinya dengan kejelekan.

52. Janganlah melaknat seorangpun termasuk hewan dan benda mati.

53. Hati-hatilah dari menuduh dan mencoreng kehormatan oarng lain karena hal itu termasuk dosa yang paling besar.

54. Hati-hatilah dari namimah (mengadu domba), yakni menyampaikan perkataan di antara manusia dengan maksud agar terjadi kerusakan di antara mereka.

55. Hati-hatilah dari ghibah, yakni engkau menceritakan tentang saudaramu apa-apa yang dia benci jika mengetahuinya.

56. Janganlah engkau mengagetkan, menakuti dan menyakiti sesama muslim.

57. Wajib bagimu melakukan ishlah (perdamaian) di antara manusia karena hal itu merupakan amalan yang paling utama.

58. Katakanlah hal-hal yang baik, jika tidak maka diamlah.

59. Jadilah engkau orang yang jujur dan janganlah berdusta karena dusta akan mengantarkan kepada dosa dan dosa mengantarakan kepada neraka.

60. Janganlah engkau bermuka dua. Datang kepada sekelompok dengan satu wajah dan kepada kelompok lain dengan wajah yang lain.

61. Janganlah bersumpah dengan selain Allah dan janganlah banyak bersumpah meskipun engkau benar.

62. Janganlah menghina orang lain karena tidak ada keutamaan atas seorangpun kecuali dengan taqwa.

63. Janganlah mendatang dukun, ahli nujum serta tukang sihir dan jangan membenarkan (perkataan) mereka.

64. Janganlah menggambar gambar manuasia dan binatang. Sesungguhnya manusia yang paling keras adzabnya pada hari kiamat adalah tukang gambar.

65. Janganlah menyimpan gambar makhluk yang bernyawa di rumahmu karena akan menghalangi malaikat untuk masuk ke rumahmu.

66. Tasymitkanlah orang yang bersin dengan membaca: "yarhamukallah" apabila dia mengucapkan: "alhamdulillah"

67. Jauhilah bersiul dan tepuk tangan.

68. Bersegeralah untuk bertaubat dari segala dosa dan ikutilah kejelekan dengan kebaikan karena kebaikan tersebut akan menghapuskannya. Dan hati-hatilah dari menunda-nunda.

69. Berharaplah selalu akan ampunan Allah serta rahmat-Nya dan berbaik sangkalah kepada Allah .

70. Takutlah kepada adzab Allah dan janganlah merasa aman darinya.

71. Bersabarlah dari segala mushibah yang menimpa dan bersyukurlah dengan segala kenikamatan yang ada.

72. Perbanyaklah melakukan amal shalih yang pahalanya terus mengalir meskipun engkau telah mati, seperti membangun masjid dan menyebarakan ilmu.

73. Mohonlah surga kepada Allah dan berlindunglah dari nereka.

74. Perbanyaklah mengucapkan shalawat dan salam kepada Rasulullah.

Shalawat dan salam senantiasa Allah curahkan kepadanya sampai hari kiamat juga kepada keluarganya dan seluruh shahabatnya.

(Diterjemahkan dari buletin berjudul 75 Washiyyah li Asy-Syabab terbitan Daarul Qashim Riyadl-KSA oleh Abu Abdurrahman Umar Munawwir

::Perkara yg akan meyebabkan kepapaan::


Perkara2 Yang Akan Menyebabkan Kepapaan 

1. Bermudah-mudah dengan sembahyang...
2. Menyeru ibu bapa dengan pangilan namanya...
3. Meninggalkan doa untuk ibu bapa...
4. Berjalan dihadapan guru...
5. Cepat keluar bila masuk masjid...
6. Berbohong...
7. Banyak bercakap kosong...
8. Pemalas...
9. Banyak tidur...
10. Bermudah-mudah membazirkan makanan...
11. Selalu makan ketika hadas besar...
12. Membazirkan harta dengan tidak menentu hala...
13. Berpagi-pagi minum di kedai kopi...
14. Bersifat bakhil...
15. Sentiasa tidur telanjang...
16. Lambat pulang apabila keluar tidak bersebab...
17. Menjahit pakaian di badan...
18. Selalu memakai seluar sambil berdiri...
19. Tidak membasuh pinggan selepas makan...
20. Selalu membasuh tangan dengan tanah...
21. Sentiasa bersisir dengan sisir yang patah...
22. Selalu menulis dengan qalam yang patah...
23. Membiarkan labah-labah di dalam rumah...
24. Membiakkan binatang yang halus di dalam rumah...
25. Menyapu sampah di waktu malam...
26. Hembusan nafas untuk memadamkan lampu/api...
27. Selalu membakar kulit bawang

Renungkanlah...

::Cinta Seorang Suami::


CINTA SEORANG SUAMI...
Based on True Story..


Dilihat dari usia beliau sudah tidak muda lagi, usia yang sudah senja bahkan sudah mendekati malam. Masa Pak Suyatno, 58 tahun ke sehariannya diisi dengan merawat isterinya yang sakit. isterinya juga  sudah tua. Mereka berkahwin sudah lebih 32 tahun.  
Mereka dikurniakan 4 orang anak .... disinilah ujian awal cubaan menerpa, setelah isterinya melahirkan anak ke empat .....  tiba-tiba kakinya lumpuh dan tidak boleh digerakkan. Hal itu terjadi selama dua tahun.
Menginjak tahun ke tiga seluruh tubuhnya menjadi lemah bahkan terasa tidak bertulang  lidahnyapun sudah tidak mampu digerakkan lagi.

Setiap hari pak suyatno memandikan, membersihkan kotoran, menyuapkan, dan mengangkat isterinya ke atas tempat tidur. Sebelum berangkat ke tempat kerja dia meletakkan isterinya di hadapan  TV supaya isterinya tidak berasa kesunyian.
Walau isterinya tidak dapat bercakap, tapi dia selalu melihat  isterinya tersenyum, dan pak suyatno masih berasa beruntung kerana  tempat kerjanya tidak begitu jauh dari rumahnya, sehingga siang hari dia boleh pulang ke rumah untuk menyuapi isterinya makan. 

Petangnya dia pulang memandikan isterinya, mengganti pakaian, dan selepas maghrib dia temankan isterinya menonton tv sambil bercerita apa sahaja yang dia alami seharian.
Walaupun isterinya hanya mampu memandang (tidak mampu memberikan respons ), pak suyatno sudah cukup senang bahkan dia selalu menggoda dan bergurau dengan isterinya setiap kali menjelang tidur. 
 
Rutin ini dilakukan pak suyatno lebih kurang 25 tahun. Dengan sabar dia merawat isterinya bahkan sambil membesarkan ke empat buah hati mereka, sekarang anak-anak mereka sudah dewasa tinggal si bongsu yang masih belajar.
Pada suatu hari ke empat anak suyatno berkumpul di rumah orang tua mereka sambil menjenguk ibunya. Kerana setelah menikah mereka tinggal dengan keluarga masing-masing. 
 
Dan pak suyatno tetap merawat ibu kepada anak-anaknya, dan yang dia inginkan hanya satu:  semua anaknya berjaya. 
 
Dengan kalimat yang cukup hati2 anak yang sulung berkata : 

"Pak kami ingin sekali merawat ibu ... Semenjak kami kecil kami melihat bapak merawat ibu dan tidak ada sedikit pun keluhan keluar dari bibir bapak, bahkan bapak tidak izinkan kami menjaga ibu." 
 
Dengan air mata berlinang anak itu melanjutkan kata-katanya ..... 
 
"Sudah yang kali keempat kami mengizinkan bapak menikah lagi,  kami rasa ibupun akan mengizinkannya. Bila bapak akan menikmati masa tua bapak dengan berkorban seperti ini ... kami sudah tidak sampai hati melihat bapak begini... kami berjanji akan merawat ibu dengan sebaik-baiknya secara bergantian," ujar  anaknya yang sulung merayu. 
 
Pak Suyatno menjawab hal yang sama sekali tidak diduga oleh anak-anaknya. 
 
"Anak-anakku. .... jikalau  hidup di dunia ini hanya untuk nafsu.... mungkin bapak akan berkahwin lagi.... tapi ketahuilah dengan adanya ibu kalian di sampingku... . itu sudah lebih dari cukup.  Dia telah melahirkan kalian..." Sejenak kerongkongannya tersekat... "Kalian yang selalu kurindukan hadir di dunia ini dengan penuh cinta yang tidak dapat dinilai dengan apapun. Cuba kalian tanya ibumu apakah dia menginginkan keadaannya seperti Ini ?
Kalian menginginkan bapak bahagia ....  Apakah batin bapak dapat bahagia meninggalkan ibumu dalam keadaannya seperti sekarang ?
Kalian menginginkan bapak yang masih diberi Allah kesihatan yang baik dirawat oleh orang lain ....... bagaimana dengan ibumu yg masih sakit ? 
 
Sejenak meledaklah tangis anak-anak pak Suyatno... Merekapun  melihat butiran-butiran kecil jatuh di pelupuk mata ibunya... Dengan pilu ditatapnya mata suami yang sangat dicintainya itu... 
 
Sampailah akhirnya pak Suyatno diundang oleh salah satu stesen TV swasta untuk menjadi panel jemputan acara Bimbingan Rohani Selepas subuh dan juru acara pun mengajukan pertanyaan kepada pak suyatno... 
 
"Kenapa bapak mampu bertahan  selama 25 tahun merawat Isteri yang sudah tidak mampu berbuat apa-apa?"
 
Ketika itu pak Suyatno pun menangis.... tamu yang hadir di studio yang kebanyakan kaum ibu pun tidak mampu menahan rasa terharu... 
 
Disitulah pak suyatno bercerita... Jika manusia didunia ini mengagungkan sebuah cinta  tapi dia tidak mencintai kerana Allah  maka semuanya akan luntur...
"Saya memilih isteri saya menjadi pendamping hidup saya .... Sewaktu dia sihat diapun dengan sabar merawat saya... Mencintai saya dengan sepenuh hati zahir dan batinnya  bukan dengan mata kepala semata-mata. .. dan dia memberi saya 4 orang anak yang lucu dan baik-baik...
Sekarang dia sakit berkorban untuk saya kerana Allah... Dan itu merupakan ujian bagi saya.
Sihat pun belum tentu saya mencari penggantinya. .. apalagi dia sakit ... Setiap malam saya bersujud dan menangis dan saya mengadu kepada Allah di atas sajadah supaya meringankan penderitaan isteri saya.
Dan saya yakin hanya kepada Allah tempat saya mengadukan rahsia dan segala kesukaran saya...kerana DIA maha Mendengar... . "
 
Kisah yang wajar kita teladani... masih adakah suami yang sedemikian??
 

Saturday, January 1, 2011

Kisah Teladan - RM 100 dan harga diri

  Ini ada satu kisah yang boleh kita jadikan panduan. Ia berlaku ketika satu sesi motivasi. Sebelum memulakan seminar, Prof. mengeluarkan duit rm100 dari dompetnya. Kemudian wang itu ditayangkan kepada 50 orang pesertanya. 

"Siapa nak duit ni?"tanya Prof tersebut. 

Semua peserta mengangkat tangan.

"Saya akan berikan duit ini kepada salah seorang daripada kamu tapi izinkan saya membuat sesuatu dahulu."

Prof. meramas-ramas duit itu hingga renyuk. Kemudian dia menunjukkan duit yang sudah renyuk itu dan bertanya :

"ada sesiapa yang nak duit ni lagi?". 

Hampir semua pelajarnya mengangkat tangan. Prof tersebut pun mengangguk dan mencebikkan bibir.

"Ok,apa kata kalau saya buat macam ni?". 

Duit rm100 itu dicampakkan dan ditenyeh - tenyeh dengan kasutnya. Prof tersebut memungutnya semula lalu diletakkan di atas meja. Wang kertas itu bukan sahaja renyuk tetapi juga kotor.

"Sekarang siapa nak duit?"tanya prof tersebut. 

Selesai dia bertanya, lebih separuh daripada jumlah pelajarnya masih mengangkat tangan.

"Haa..apa yang boleh kita kutip daripada peristiwa tadi?",tanya prof. 

Pesertanya hanya diam, dan sesetengahnya hanya menggelengkan kepala.

Mereka masih tidak dapat menangkap apa yang cuba disampaikan oleh prof.

"Walau apa pun yang saya lakukan pada duit ni, kamu tetap mahukannya,betul tak?kamu tahu kenapa?kerana nilainya tak berubah walaupun dipijak dan ditenyeh dengan kasut. Rm100 tetap rm100 walaupun 10 kali dipijak,"kata prof. 

Semua peserta yang mendengar katanya hanya tersenyum.

Prof mengaitkan peristiwa itu dengan kehidupan seharian. Sering kali di dalam hidup, setiap orang akan merasai kejatuhan,hati hancur ataupun dihina. Hinggakan suatu ketika kita akan merasa diri kita tidak berguna langsung."Tapi walau apa pun yang terjadi, ataupun akan terjadi, anda tidak akan hilang harga diri. Bersih atau kotor, renyuk atau licin, anda tetap berharga terutama pada mereka yang disayangi. Harga diri kita bukan datang daripada apa yang kita lakukan atau siapa yang kita kenal tapi siapa sebenarnya kita....

Siapa Sbenarnya Kita??
hargailah diri kita krn kita d cptakn untk menjadi khilafah
d muka bumi dan manusia adalah ciptaan Allah yg paling indah..
:) sama2 kita muhasabah diri kita..